Wednesday, May 4, 2011

aku pilih untuk membisu

sahabat, 
mahukah kau tahu kenapa aku memilih untuk membisu?
kerana aku tidak mahu lagi seperti dulu
yang menyakitkan hati insan tanpa silu
yang membenci bila disakiti
yang membalas bila dipermainkan
yang menghukum tanpa mendengar alasan
kerana aku tahu
hidup ini hanya sedikit waktu
lalu
mengapa harus aku membiarkan hatiku terus kelabu?

sahabat,
telah aku maafkan salah laku mereka yang dulu
telah aku lupakan sakitnya hatiku saat itu
telah aku kembalikan senyumku yang satu
kerana janjiku pada yang SATU
biarlah aku hidup atas redha-MU

sahabat,
apalah ertinya aku membiarkan kemarahan
apalah ertinya hidup tanpa ketenangan
apalah ertinya terus menidakkan
kerana sekurangnya
mereka pernah mengajarku ERTI KEHIDUPAN.
 

No comments:

Post a Comment