Saturday, October 6, 2012

aneh sungguh rase hatiku sehari dua ini. walaupun banyak kedukaan yang menemani. aku masih mahu kekal bertabah. padahal hatiku remuk redam kerana mereka. bukan setakat itu sahaja kepalaku juga sudah migrain. jiwaku nanar. air mata pula bercucuran.

nota kaki;
ya allah ya rabbi, makbulkanlah doa2ku. sesungguhnya aku telah lelah dengan ujianmu in. ampunkanlah dosaku ya allah kerana menjadi hambamu yang lemah :'(

duhai hati;
bukankan ALLAH SWT telah berjanji yang DIA maha memakbulkan doa? lalu senyumlah dan yakinlah. allah swt sentiasa bersamamu.

# ini rahsia. sungai petani sangat membuat aku menderita, july 2012 to present.


Saturday, October 29, 2011

bulan kasih sayang

aku menulis ni dalam mood badan yang sangat lemah sebab dah 4 hari selesema n masuk hari ni dah 2 hari aku demam..yes demam..sangat sedih sebab sepanjang hari terpaksa bbaring dan kadang2 rase sakit kepala sangat plus perit bila buka mata..tapi dalam pade tu aku terkenang hadis rasullullah..dan ia membantu aku untuk tetap dan sentiasa blapang dada..

Rasulullah S.A.W bersabda:


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذَىً مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ، إِلّ حَطّ اللّهُ بِهِ سَيّئَاتِهِ، كَمَا تَحُطّ الشّجَرَةُ وَرَقَهَا

Maksudnya: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah satu penyakit atau yang sejenis dengannya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya.”(HR al-Bukhari No 5539 dan Muslim No. 6511)


ALLHAMDULLILAH jika benar dosa2 ku d gugurkan dengan kehadiran sakit ini ^_^

dalam aku brehat otakku ligat bfikir dan tiba2 tkenang arwah ayah, satu2nya lelaki yang aku sayang, hormat dan rindu setiap waktu..teringat sewaktu dia masih ade di sisiku, jika aku sakit dia orang yang akan risau, mengambil berat etc selain ibuku..arwah ayah akan memandikan aku sambil tangannya menepuk lembut kepalaku (jika aku selesema) membelikan gula2 supaya aku cpt sembuh dan yg paling tkesan d hatiku ialah dia akan sentiasa mengusap tapak kakiku untuk mengetahui demamku sudah kebah atau belum..hangat tangannya waktu itu mungkin mbantu aku untuk cpt sembuh..


sebetulnya aku rindu dia dlm setiap nafas aku...al-fatihah untukmu ayah.














okay back to most important part..aku gembira sgt sbb ALLAH swt bg demam ni..tp xdela bmaksud nak dmm lame2 sbb aku ader asimen kn siapkan plus esok ade kelas..so waib sihat sblm pg esok..huhu..reason aku hepi is? 

sem ni allah bg aku 3 or rumet yg sangat baik..dorang sangat mngmbl berat sal aku time aku demam ni..sbg contohnya..mira belikan aku bubur nasi and pujuk nk anta aku g pusat kesihatan..thanks mira tp sy mmg tak larat nak bangun pun..tasya plak hidangkan aku mknn, belikan 100+ n biskut sbb xnak perot aku kosong n efa plak buatkan aku susu panas dgn air panas yg dsediakan pleh mira..aku sangat beruntung kan?
beruntung sebab mereka adalah sahabat yg sepatutnya dimiliki oleh semua orang..TERIMA KASIH  YA ALLAH diatas nikmatMU yang tidak terhingga ni..



TERIMA KASIH SAHABAT ^_^

P/S: adik beradikku jg sgt mengambil berat walaupun sume x ade d sisiku..mek dgn doanya, angah n bibi dgn nasihat yang bjela, fuda dgn nasihat ala2 doktornya walaupun dia bakal enggineer ( taula nak carikan doc sbg adik ipar i..haha) n abe mie menelefon btanya kaba n mminta ku mberitahunya jika ingin ke klinik..aku bersyukur kerana nikmat kasih syg yg snts ade untukku..













Monday, October 17, 2011

sambungan cerita tanjung demong


Skrg pun aku berseorangan di bilik..rase tenang tapi agak gloomy..em macam mane tu ya? Kat luar bilik aku ade tempat tuk main badminton..so adela gak bunyi2 untuk didengari..huhu..aku penat sangat sebenarnya skrg, yela after 3 hari program carstech berlangsung, 3 hari jugalah aku ngan beberapa member lain menjaga booth persatuan kami..kat booth kami, kitaowng wat pameran sal bacteria n wat quiz yang related ngn bdg kami yaitu genetic..tapi yg paling mendapat sambutan kat booth ktowg is sesi check jenis darah..berduyun2 yg datang..yg ensem2 leh kate hamper 70% as compared to yg cun2..knp eh? Kwn2 aku mlwk yg konon2 sbb yg jg booth sume kategori jelita so ramaila yang dtg..kwang2..xleh blah kan perasan tu..=p.. aku hepi  sangat time program carstech ni blangsung sbb hubungan kami rakan2 sekelas btambah baik..ukhwah kan perkara yang indah dalam hidup kita ^_^’

So berbalik pada tajuk asal entry ni..aku nak sambung citer sal ktowng prak..since time tu dah sebulan berlalu..kenangan tu jadi sangat indah n kadang2 ade rasa sayu bergayut kat tangkai hati..(ayat xtahan =p)
Ingat lagi dlm tempoh sebulan lebih ktowng nak abes praktikal ktowng sangat rapat dgn sume staf kat situ..xkira laki or ppuan..staf bawah atau atas..sume baik ngan kitaowng..baik sgt sampai seriously aku rase cam bertakung air mata time tulis benda ni..aku rindu kat dorang..=(
Ogos bulan terakhir ktowng ader kat situ.. n ogos gak bulan puasa@ramadhan..so since ktowng jauh dari family sume org takecare pasal kitaowng..setiap ptg en baihaqi akan bawa kami ke bazaar..kalo x pergi dgn dia kak umi akan bw ktowng..kak umi senior ktowng yg d tawarkan kerja kat situ..aku bersyukur allah memperkenalkan kami dgn insan2 yg sgt suka bbudi..=)..dalam hari2 terakir ni juga dorang berkali2 bawa kitaowng ke sangkar ikan..kali terakhir pergi adalah yang terbaik dlm kenangan..kami memancing..dapat la ikan tapi kecik jer..haha..n pakcik@staf yang jaga tempat tu tlg pancingkan ktowng ikan siakap yg sgt besar..dlm 5 kg gak la ikan tu sekor..ktowng amek gmbr tp aku x ingt lak ltk lam folder ape..hehe..n slain dari ikan tu banyak gak la ktowng dpt mknn dr dorg..jom usha pick at bwh..ni sume benda2 bbeza yang dorg bagi kat kami..
Ni time nak balik dari sngkar..pakcik yang kat blkg tula yg tolong ktowng pancing ikan tu =)

Kari ikan kerapu yang en jo bagi..mak dia yang masak eh..hehe

Buah tembikai yang en hafiz bagi..sebagai tanda penghargaan dia kat ktowng sbb tlg masakkan siakap 3 rasa..=)
n ketiga2 benda ni en baihaqi yang bagi..=)

Kuih ni lak wan yg bagi..ape eh name kue ni? Lupe…kwang2..
N ni yang paling istimewa..kak umi belanja ktowng makan ikan bakar kat restoran chef..sedap ikan ni..ktowng mkn smp penoh perot.. n yg xthan nyer pas ktowng mkn ni en sufian lak ajak g mkn colek kerang..aish..ase cam nak pecah perot..sbnrnya ktowng xnak g coz dh kul 10 mlm..tp selambe jer sorg pakcik tu ckp” korang ni tau besa ko tido jah” huhu..ader paham?
Okey itula cerita versi saye untuk kali ini..overall nyer praktikal kat sini mmg sesangaaat best..memori yg xdapat dbayar dgn ape sekalipun..n I felt like I was blessed to be there..=)

Friday, September 2, 2011

kisah yang berakhir dan bermula semula.

"lets gone be bygone"
itu kata adikku..dan aku menerimanya dgn senyum..senyum kerana aku yakin akan kebenaran dan hikmah di sebalik semua yang berlaku..
lagipun..
hidup mesti diteruskan..kenapa perlu menyesal kan..walaupun sbnrnya bykla juga perkara yang blaku d masa lalu yg buat aku rasa sgt menyesal..
tapi skrg..no no no..it should be finish by now..n i felt at ease bcoz whatever happen i'll believe in my destiny..
n suddently teringat knp ramai kwn2 aku prefer to b single..skrg aku mmg btl2 fhm..it is so fantastic to b single..^_^ i dont know how to describe the feeling tp satu je yg aku leh bgtau, aku xrase bsalah pd pencipta kita..x rase bsalah bl bckp soal ni dgn kwn2 yg strict psl hukum agama...n most important i dont have to takecare of others heart..its kinda tiring actually to always pleased other.

azam aku yg baru sempena kebebasan ni..aku nak hidup dgn cara aku..nak buat sume yg aku nak, sblm aku jadi isteri kpd lelaki yg allah tetapkan sbg calon zaujiku..=p


p/s: aku sangat gembira dan aku harap dia pun akan temui kebahagian sendiri.


aku juga terluka

p/s: anggaplah aku hanya persinggahan sebelum kau menemui kebahagian abadi yang kau cari.

Saturday, August 20, 2011

i was so wrong.

maafkan aku
bila...
rindumu padaku
tidak lagi beerti

aku pernah keliru tentang hatiku
tapi ku bulatkan tekad walaupun tidak dengan keyakinan
dan kini aku menyesal..
kalaulah...kalaulah..
masa boleh diubah kembali..

aku tenggelam dalam sendu nan dalam
teringat kata2 sahabatku 
"dia tidak sesuai untukmu"
tapi payahnya untuk aku akur dengar nasihatmu
tapi kini sahabat baruku tahu
kau lebih mengenaliku dari diriku sendiri..

pedihnya bila aku silap dalam menilai
sakitnya bila aku tersepit dengan rasa belas
payahnya untuk aku menjelaskan..


jika aku memohon untuk mengundur diri
bolehkan kau lepaskan aku pergi
pergi tanpa ditagih untuk kembali
kerana janjimu
kau akan mengerti..

bolehkan kau lepaskan aku pergi 
lepaskan tanpa dendam di hati..

bolehkan kau lepaskan aku pergi
lepaskan tanpa berpaling dari jalan yang aku harap kau lalui..

bolehkah kau lepaskan aku pergi
dan
bina kembali hidupmu bersendiri
kerana
aku tak mampu lagi terus menemani disisi.


 "Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “