pandang ke hadapan
sentiasalah pandang ke hadapan
itu kata hatiku
sehingga aku rasa hariku kosong dan beku
belakang
ku cuba toleh kebelakang
mencari apa yang hilang
dan yang kutemui hanya luka semalam
kuteruskan perjalanan
biarpun pandanganku kelam
sehingga ku tersadung dan hampir terjatuh
teringat..
hangat tangan itu
tangan yang menahanku dari jatuh
dan ku toleh pada raut wajahnya
teringat aku punya seseorang
yang sentiasa ada untukku
yang sentiasa melapangkan bahu untukku
yang sentiasa di situ bila ku melihat ke sisi bahuku
terima kasih
kerana tinggal
di saat ku terkapai mencari diri