dia selalu d hatiku
selalu dalam bisikan doaku
yang menghulur tangan kala ku tersadung
yang meyakini setiap lakuku
yang memberiku kunci rahsia hidupnya
kepadaku
dia
padanya ada kata yang merawat luka
padanya ada kasih sayang seluas dunia..
dia
insan yang akan memahami resahku hanya melaui pandangan mata..
dia yang kala2 berduka
menjadi secair salji
membekukan senyum d bibirku
yang ketika gembira
menjadi sinar mentari
menghangatkan sesiapa jua d sisi..
dia
terima kasih kerana menjadikan hidupku bermakna..
p/s: aku rindu dia...
~~this is a poem especially dedicated to my only little sister..u know how much i love u~~

thanks =)
ReplyDelete